Saturday, August 30, 2008

piagam pelanggan , wawasan, visi, misi, slogan

Piagam Pelanggan
- sentiasa bersedia memberi bantuan dan layanan yang segera, mesra dan bersopan
- sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi
- melaksanakan kawalan ke atas perancangan pembangunan Shah Alam dengan teratur dan berkesan
- memastikan tahap kualiti kehidupan yang tinggi untuk warga Shah Alam

Wawasan
- bersama menjadikan Shah Alam bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia


Visi
- menjadikan Shah Alam Bandaraya Bestari, Cemerlang dan Bertaraf Dunia


Misi
- memberi dan memastikan semua aktiviti di setiap peringkat sentiasa di
tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti


Slogan
Bersama Ke Arah Kegemilangan

Falsafah Majlis Bandaraya Shah Alam

terdapat beberapa objektif Majlis Bandaraya Shah Alam. Antaranya ialah :

1) mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat
2) memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan lestari
3) merancang dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti.
4) meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal
5) mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan
6) mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus,dan berkesan secara berterusan
7) memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
8) mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan.
9) menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan profesional
10) memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam.

Majlis Bandaraya Shah Alam

Shah Alam ditadbir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) yang ditubuhkan serentak dengan pengisytiharan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor..Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam ditubuhkan pada 7 Disember 1978..namun ia mula beroperasi pada 1 Januari 1979..

Pada awal permulaan,pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam beroperasi di rumah kedai, Seksyen 3 dan kemudian berpindah ke Kompleks PKNS pada tahun 1981. Pada tahun 1988, Majlis Bandaraya Shah Alam bertukar ke sebuah bangunan 28 tingkat yang dikenali sebagai Wisma MBSA.

Tuesday, August 26, 2008

Sejarah Shah Alam

Pada tahun 1963, Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam dan merupakan dan merupakan ladang kelapa sawit yang terletak antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang dan dihubungkan dengan satu-satunya lebuhraya iaitu Lebuhraya Persekutuan.
Shah Alam dibuka pada tahun 1963 bertujuan untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor atas perkenan DYMM Sultan Selangor ke 8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 7 Disember 1978.
Kepesatan pembangunan Shah Alam yang semakin ketara telah menjadikan Shah alam diiktiraf sebagai sebuah bandar raya pada 10 Oktober 2000 dan disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu iaitu YAB Dato Seri Dr Mohamad Khir Toyo.Shah Alam yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Shah Alam semenjak 1978 secara automatiknya mendapat taraf Majlis Bandaraya Shah Alam.

Tuesday, August 12, 2008

Kajian kes dari sudut Antropologi tentang bandar

Kajian (Epstein, 1964) mengenai masyarakat bandar di Afrika, beliau berpendapat bahawa keadaan di bandar itu sentiasa berubah. Kehidupan sosial yang mempunyai bentuknya yang tersendiri di bandar menimbulkan organisasi sosial yang agak berbeza daripada kawasan-kawasan lain. Walaupun terdapat kelompok-kelompok etnik yang mempunyai subkebudayaan masing-masing, kelompok -kelompok etnik ini tidak terpisah antara satu sama lain. Di bahagian tengah Afrika pula, bandar-bandar muncul untuk memenuhi keperluan-keperluan kaum penjajah dan bukan keperluan penduduk tempatan(Epstein,1964).

Proses Pembandaran

Pada umumnya, proses pembandaran dipandang sebagai satu proses pengaliran penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Proses ini berlaku oleh oleh beberapa sebab tertentu yang boleh digolongkan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor penolakan dan faktor-faktor tarikan. Faktor-faktor penolakan ini menyebabkan penduduk kawasan luar bandar keluar dari kawasan luar bandar dan faktor tarikan menyebabkan mereka menuju ke bandar.
Kadar pembandaran di kebanyakan negara di Asia adalah tinggi. Kepesatan proses pembandaran adalah disebabkan oleh perkembangan pesat perindustrian dan kegiatan-kegiatan perniagaan di bandar. Perkembangan industri terutama dalam bidang pembinaan kilang-kilang, pejabat-pejabat serta rumah-rumah kediaman telah membuka banyak peluang pekerjaan. Proses pembandaran ini lebih ketara dalam tahun 1981-1985. Antara faktor fenomena ini berlaku ialah bertambahnya penghijrahan luar bandar ke bandar, pertambahan penduduk bandar melalui kelahiran, pembukaan pusat-pusat bandar yang baru dan pengluasan kawasan-kawasan pentadbiran bandar.