Friday, September 12, 2008

setinggan di shah alam



Perkembangan bandar yang pesat di Wilayah Lembah Klang adalah disebabkan oleh perpindahan penduduk dari luar bandar dan bandar-bandar kecil. Ini menyebabkan beberapa bandar utama diWilayah Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Kelang, Rawang, AmpangJaya, dan Kajang mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Sebahagian besar penduduk yang berhijrah ke Wilayah Lembah Klang terdiri dari golongan berpendapatan rendah.



Istilah setinggan mengikut akta darurat merupakan apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai,
sengkuap-tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan lain yang dibuat daripada apa jua bahan sebagai tempat binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan di atas mana-mana tanah kerajaan, swasta atau sebagainya ataupun secara amnya penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak pihak lain (kerajaan, rezab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian atau lain-lain secara haram atau tidak sah di sisi undang-undang. (Kanun Tanah Negara 1965).



Sebahagian masalah pertumbuhan kawasan setinggan adalah disebabkan oleh golongan yang
berpendapatan sederhana dan tinggi terlibat sama dalam pembelian perumahan kos rendah yang khususnya untuk golongan berpendapatan rendah.Kependudukan setinggan di kalangan warganegara asing juga menjadi punca masalah kerana ketiadaan tempat tinggal bagi mereka yang diambil bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan.Sungguhpun tenaga pekerja asing diperlukan untuk pembangunan negara tetapi masalah timbul apabila majikan tidak dikenakan syarat untuk penyediaan tempat tinggal bagi pekerja.


Jumlah setinggan di Shah Alam yang dianggap paling sedikit berbanding kawasan lain, memudahkan kerajaan Selangor mencapai sasaran untuk menjadi negeri bebas setinggan menjelang tahun 2005. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan berkata, sehingga kini jumlah setinggan di Shah Alam cuma 3,307 rumah. "Di PBT lain seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) terdapat 16,000 setinggan, di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ada 12,000 setinggan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 18,000 setinggan dan Majlis Perbandaran Selayang 8,000 setinggan," katanya di sini. Setakat ini, tambah Mokhtar, projek penempatan semula setinggan berjalan lancar dan tiada masalah dihadapi dengan pihak pemaju perumahan yang terlibat. Beliau yakin masalah setinggan dapat diselesaikan pada tahun 2005 memandangkan terdapat beberapa projek yang menawarkan sebahagian besar rumah, cukup untuk menampung sejumlah besar setinggan

isu banjir di Shah Alam


masalah banjir yang melanda Shah Alam pada 26 feb 2006 merupakan banjir buruk bagi penduduk Taman Tun Dr Ismail Jaya,dan Kg Kebun Bunga.banjir buruk dalam tempoh 10 tahun ini menyebabkan limpahan air sungai dan dan benteng kolam air tadahan pecah.

namun terdapat langkah diambil bagi mengatasi masalah ini.antaranya, TTDI Development Sdn Bhd, selaku pemaju perumahan Taman TTDI Jaya telah membelanjakan lebih RM13 juta sejak 10 tahun lepas untuk kerja-kerja melebarkan Sungai Damansara, membina benteng , sistem pam hidro,penyelenggaraan sungai dan membina kolam takungan di Taman TTDI Jaya.TTDI Development telah menaiktaraf semua jalan masuk ke Taman TTDI Jaya untuk memastikan masalah banjir di kawasan tersebut diatasi.

TTDI Development juga akan membina sebuah lagi kolam takungan di fasa dua Taman TTDI Jaya bagi mengurangkan risiko limpahan air sungai ke kawasan perumahan.TTDI Development merupakan anak syarikat Kumpulan Naza.
TTDI Development akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu mengatasi masalah banjir ini.
kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM10 juta untuk membina pam air di TTDI Jaya melibatkan kos RM3 juta yang dijangka siap dalam tempoh setahun dan RM7 juta lagi untuk kerja-kerja mendalamkan Sungai Damansara.

Majlis Bandaraya Shah Alam akan melaksanakan beberapa projek mencegah banjir seperti mendalamkan kolam takungan sedia ada, dan menambahkan bilangan kolam takungan dengan setiap satu di TTDI Jaya dan Kampung Kebun Bunga.

peta pusat bandar shah alam

Tuesday, September 9, 2008

bunga rasmi mbsa


Shah Alam terkenal sebagai bandaraya anggerik. Renantanda Shah Alam lahir pada tahun 1986 hasil dari kacukan Renanthere Kalsom dan Vanda Penang.
Bunga ini mula mengeluarkan bunga pada tahun 1990 dan didaftarkan di Queen Elizabeth Botanical Garden, London.
MBSA bergiat aktif di dalam aktiviti anggerik mulai tahun 1990 dengan menganjurkan Festival Anggerik Antarabangsa setiap tahun.

pelan lokasi majlis bandaraya shah alam


Saturday, August 30, 2008

piagam pelanggan , wawasan, visi, misi, slogan

Piagam Pelanggan
- sentiasa bersedia memberi bantuan dan layanan yang segera, mesra dan bersopan
- sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi
- melaksanakan kawalan ke atas perancangan pembangunan Shah Alam dengan teratur dan berkesan
- memastikan tahap kualiti kehidupan yang tinggi untuk warga Shah Alam

Wawasan
- bersama menjadikan Shah Alam bandaraya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia


Visi
- menjadikan Shah Alam Bandaraya Bestari, Cemerlang dan Bertaraf Dunia


Misi
- memberi dan memastikan semua aktiviti di setiap peringkat sentiasa di
tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti


Slogan
Bersama Ke Arah Kegemilangan

Falsafah Majlis Bandaraya Shah Alam

terdapat beberapa objektif Majlis Bandaraya Shah Alam. Antaranya ialah :

1) mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang indah, bersih dan selamat
2) memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan lestari
3) merancang dan menyediakan kemudahan prasarana perbandaran yang lengkap dan berkualiti.
4) meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal
5) mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan
6) mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus,dan berkesan secara berterusan
7) memastikan warga kerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
8) mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan.
9) menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan profesional
10) memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam.