Sunday, July 27, 2008

konsep pembangunan

apa yang anda faham dengan konsep pembangunan??

pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh..ianya terbahagi kepada 2 iaitu pembangunan yang dirancangkan dan pembangunan yang tidak dirancang.. namun, pembangunan ini melibatkan usaha semua manusia dalam merancang perubahan dalam hidup mereka..
dalam konteks masyarakat,, pembangunan adalah tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat..
namun,,konsep pembangunan ini masih kurang jelas dan dianggap sebagai kebolehan membuat keputusan untuk membentuk keseluruhan alam sekitar sama ada dari segi politik, sosial, ekonomi, dan sebagainya..
pembangunan menurut perspektif islam adalah keupayaan mewujudkan ciri-ciri keislaman dalam diri setiap individu dan organisasi..
pembangunan menurut orang Barat pula meliputi 3 aspek penting iaitu lebih menekankan kepada sekular nasional atau pembangunan yaang bergantung kepada falsafah dan teori semata-mata,pembangunan yang hanya dijalankan lebih menuju ke arah kesejahteraan dunia semata-mata tanpa mengambil kira aspek akhirat, dan lebih kepada pembangunan material yang bersifat utilitarion yang tidak mengambil kira hukum-hukum agama..
oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan mempunyai maakna yang begitu luas..namun,manusia yang berperanan penting dalam mencorakkan pembangunan itu sendiri sama ada pembangunan yang berlandaskan dunia semata-mata atau pembangunan yang turut mengambil kira aspek keagamaan..

No comments: