Thursday, October 30, 2008

sambungan kerja lapangan




Taman Tasik Shah Alam merupakan sebuah taman rekreasi yang hanya terdapat di Shah Alam..Melalui hasil analisis yang telah kami jalankan di kawasan Kompleks PKNS..rata-rata responden mengatakan bahawa salah satu ketidakefisienan bandar di sana ialah apabila tidak terdapat banyak kemudahan rekreasi di sana..malah..kemudahan rekreasi ini merupakan salah satu aktiviti utama yang boleh dijalankan oleh ahli keluarga pada waktu lapang..mereka meminta agar pihak terbabit dapat membina lebih banyak taman rekreasi untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli keluarga..

Saturday, October 25, 2008

melalui analisis yang telah dijalankan di kawasan Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral, kami mendapati bahawa kebanyakan responden tidak berpuas hati dengan masalah banjir, kesesakan jalan raya dan masalah gejala sosial yang berlaku di Shah Alam.

masalah banjir merupakan masalah yang paling besar berlaku di sana dan tiada penyelesaian yang diambil oleh pihak tertentu. musim hujan yang berlaku sejak kebelakangan ini memberi kerisauan kepada penduduk di sana untuk meninggalkan rumah mereka kerana takut sekiranya rumah mereka dinaiki air.

kebanyakan responden bersetuju bahawa masalah sistem perparitan yang tidak sempurna telah membawa kepada masalah banjir yang seperti tiada jalan penyelesaian. oleh itu, diharapkan agar pihak terbabit dapat mengambil tindakan dan memikirkan jalan penyelesaian yang bersesuaian agar penduduk tidak menghadapi dilema lagi.

kesesakan jalaan raya pula sudah semestinya merupakan masalah biasa yang terjadi di kawasan membangun seperti Shah Alam. walaupun, jalan raya sudah dinaik taraf, namun,masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. hal ini adalah kerana, peningkatan penggunaan kereta , motosikal, bas dan teksi sudah semestinya menambahkan lagi kesesakan jalan raya di sana.

oleh itu, langkah yang dirasakan perlu diambil ialah pengguna harus mengurangkan penggunaan kereta sendiri dengan menaiki kemudahan LRT atau komuter yang telah disediakan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

medan selera





kebanyakan responden telah memilih bahawa medan selera adalah sangat efisien di kawasan Shah Alam terutama di kawasan PKNS. kami mendapati bahawa terdapat gerai-gerai makanan di sana yang memudahkan penduduk di sana untuk mendapatkan makanan. hal ini adalah kerana, kawasan Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral merupakan kawasan perniagaan yang giat dijalankan.malah, ia juga berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan seperti kawasan MBSA. kebanyakan pekerja di MBSA banyak menikmati makanan tengahari di sana. oleh itu, ia memperlihatkan keefisienan bandar tersebut dalam aspek kemudahan yang terdapat di sana.


kami telah menganalisis soal selidik bagi kawasan kajian kami iaitu Shah Alam..kebanyakan responden kami mengatakan bahawa Shah Alam sukar untuk mendapatkan hiburan. malah, kebanyakan penduduk yang terdapat di sana berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ke atas dan merupakan peringkat remaja dan belia..

kesukaran untuk mendapatkan hiburan di sana telah memaksa mereka untuk pergi ke kawasan berhampiran seperti subang jaya untuk berhibur..tetapi, mengikut en Norazmizam, pengarah di jabatan perancangan bandar MBSA berkata bahawa polisi di kawasan tersebut yang tidak membenarkan hiburan di sana..

namun, berbeza dengan kebanyakan golongan pesara yang lebih suka tinggal di kawasan tersebut kerana mereka akan mendapat ketenangan yang sudah semestinya berbeza dengan Kuala Lumpur. hal ini menyebabkan ramai penduduk di sana juga berumur dalam lingkungan 40 tahun dan ke atas.

mereka tidak kisah sekiranya tiada hiburan di sana malah mereka merasakan bahawa gejala sosial akan banyak berlaku sekiranya terdapat hiburan di sana. malah, walaupun tiada hiburan,namun gejala sosial tetap berlaku. .dan ini telah mencemarkan imej Shah Alam itu sendiri.

sambungan kerja lapangan

rabu(22 oktober 2008) - kerja lapangan kedua telah kami lakukan di kawasan yang telah ditetapkan,iaitu Shah Alam..alhamdulillah semuanya sudah dapat kami selesaikan..biarpun penat..tapi akhirnya pencarian responden kami untuk menjawab soal selidik sudah mencapai sasaran..

responden kali ini sangat memberi kerjasama kepada kami..terutama di kawasan Kompleks PKNS..saya agak tertarik dengan salah seorang responden di sana. beliau berketurunan india dan sudah lama menetap di sana. beliau begitu mengambil berat akan keadaan sosial yang berlaku di Shah Alam..

melalui temubual yang telah dilakukan,beliau mengatakan bahawa keadaan sosial di Shah Alam di kalangan remaja khususnya remaja perempuan Melayu adalah amat memalukan. hal ini adalah kerana, di kawasan PKNS itu sendiri memperlihatkan banyak gejala sosial yang tidak sihat berlaku..

beliau mengatakan bahawa pada tiap-tiap malam khususnya pada hari minggu,ramai remaja perempuan dan lelaki yang berketurunan melayu melakukan perkara yang dilarang oleh Islam.saya agak malu apabila mendengar pengakuan beliau.hal ini adalah kerana,ia memperlihatkan golongan remaja melayu yang beragama islam seperti tidak takut dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa.

beliau sangat mengharapkan agar gejala sosial yang berlaku di kawasan tersebut dapat ditangani dengan segera. hal ini adalah kerana, ia menunjukkan ketidakefisienan bandar tersebut apabila rata-rata responden mengatakan isu yang sama iaitu isu sosial di kalangan remaja. perkembangan pembangunan yang pesat membangun di kawasan tersebut telah mengabaikan aspek sosial yang sepatutnya diambil berat oleh semua pihak.

malah, beliau yang merupakan anak jati Shah Alam mengatakan bahawa 10 tahun dahulu, kawasan Shah Alam merupakan kawasan yang paling efisien.namun,sejak belakangan ini, Shah Alam sudah hilang keefisienan bandar tersebut dengan pelbagai isu negatif yang timbul..

oleh itu, walaupun kawasan tersebut sudah nampak membangun dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di sana, namun aspek sosial tidak boleh diabaikan. hal ini adalah kerana, ia juga turut menunjukkan ketidakefisienan bandar tersebut apabila dicemari dengan pemandangan yang tidak enak dilihat..

Monday, October 20, 2008

isu kodominium terbengkalai

sungai buloh- penduduk sungai buloh dalam dilema apabila penempatan yang dijanjikan kepada mereka hanya tinggal janji. hal ini terjadi apabila penduduk setinggan yang diarahkan utk berpindah daripada kawasan setinggan oleh pihak berkuasa tempatan dan dijanjikan penempatan yang selesa tidak mendapat keistimewaan tersebut.

bangunan dua tingkat yang dikatakan akan dijadikan kondominium bagi penduduk setinggan ini kelihatan terbengkalai dengan persekitaran yang dikelilingi dengan semak samun dan berpotensi menjadi port penagih dadah. pembinaan bangunan itu dikatakan sudah terbiar sejak lima tahun lalu tanpa sebarang pelaksanaan sempurna oleh pihak berwajib.

malah, aduan yang dilakukan oleh penduduk tersebut kepada pihak berkaitan seperti Exco Kerajaan Negeri juga tidak diendahkan. ini sekali gus memberi kesan yang buruk kepada penduduk tersebut. hal ini juga menunjukkan ketidakefisienan bandar di kawasan sungai buloh.

kesimpulan daripada isu ini ialah diharapkan agar pihak berwajib dapat melunaskan janji-janji yang telah ditabur kepada penduduk setinggan tersebut. malang bagi mereka kerana tidak mempunyai tempat tinggal untuk berteduh.

dipetik daripada akhbar kosmo (21 Oktober 2008).

Sunday, October 19, 2008

kerja lapangan

khamis(16 okt 08) merupakan hari pertama bagi kumpulan saya untuk mendapatkan responden di kawasan PKNS Shah Alam. kami bertolak seawal jam 10 pagi setelah mendapatkan kertas soalan daripada prof Hamzah, pensyarah urbanisasi kami. perjalanan mengambil masa selama satu setengah jam untuk sampai ke Shah Alam.

Dengan khidmat rakan saya yang berada di Shah Alam, dia telah membawa kami ke kawasan PKNS untuk menjalankan survei..Responden pertama yang saya terima merupakan seorang pak cik yang berumur dalam lingkungan 48 tahun.merupakan seorang jurujual.. beliau banyak menekankan aspek sosial dalam perkembangan pembangunan yang sedang pesat membangun. beliau bersetuju dengan pembangunan yang berlaku, namun beliau tidak berpuas hati dengan aspek sosial yang semakin berleluasa di kawasannya.

walaupun pembangunan semakin maju, namun masalah gejala sosial seperti rempit, ponteng sekolah yang berlaku di Shah Alam menunjukkan bahawa masyarakat belum maju dari segi pemikiran. beliau juga menyarankan supaya pihak berkaitan dapat memberikan penekanan kepada peluang perniagaan untuk bumiputera. beliau merasakan bahawa golongan bumiputera patut diberi peluang untuk menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

namun, beliau tetap berpuas hati dengan kemajuan pembangunan yang terdapat di Shah Alam kerana kawasan tersebut untuk golongan yang sudah pencen seperti yang pernah diperkatakan oleh En Norazmizam, pengarah bahagian Jabatan Perancangan Bandar di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang emngatakan bahawa kawasan Shah Alam merupakan tempat orang bersara untuk mendapatkan ketenangan.

Wednesday, October 15, 2008