Saturday, October 25, 2008

melalui analisis yang telah dijalankan di kawasan Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral, kami mendapati bahawa kebanyakan responden tidak berpuas hati dengan masalah banjir, kesesakan jalan raya dan masalah gejala sosial yang berlaku di Shah Alam.

masalah banjir merupakan masalah yang paling besar berlaku di sana dan tiada penyelesaian yang diambil oleh pihak tertentu. musim hujan yang berlaku sejak kebelakangan ini memberi kerisauan kepada penduduk di sana untuk meninggalkan rumah mereka kerana takut sekiranya rumah mereka dinaiki air.

kebanyakan responden bersetuju bahawa masalah sistem perparitan yang tidak sempurna telah membawa kepada masalah banjir yang seperti tiada jalan penyelesaian. oleh itu, diharapkan agar pihak terbabit dapat mengambil tindakan dan memikirkan jalan penyelesaian yang bersesuaian agar penduduk tidak menghadapi dilema lagi.

kesesakan jalaan raya pula sudah semestinya merupakan masalah biasa yang terjadi di kawasan membangun seperti Shah Alam. walaupun, jalan raya sudah dinaik taraf, namun,masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. hal ini adalah kerana, peningkatan penggunaan kereta , motosikal, bas dan teksi sudah semestinya menambahkan lagi kesesakan jalan raya di sana.

oleh itu, langkah yang dirasakan perlu diambil ialah pengguna harus mengurangkan penggunaan kereta sendiri dengan menaiki kemudahan LRT atau komuter yang telah disediakan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

No comments: