Saturday, October 25, 2008

sambungan kerja lapangan

rabu(22 oktober 2008) - kerja lapangan kedua telah kami lakukan di kawasan yang telah ditetapkan,iaitu Shah Alam..alhamdulillah semuanya sudah dapat kami selesaikan..biarpun penat..tapi akhirnya pencarian responden kami untuk menjawab soal selidik sudah mencapai sasaran..

responden kali ini sangat memberi kerjasama kepada kami..terutama di kawasan Kompleks PKNS..saya agak tertarik dengan salah seorang responden di sana. beliau berketurunan india dan sudah lama menetap di sana. beliau begitu mengambil berat akan keadaan sosial yang berlaku di Shah Alam..

melalui temubual yang telah dilakukan,beliau mengatakan bahawa keadaan sosial di Shah Alam di kalangan remaja khususnya remaja perempuan Melayu adalah amat memalukan. hal ini adalah kerana, di kawasan PKNS itu sendiri memperlihatkan banyak gejala sosial yang tidak sihat berlaku..

beliau mengatakan bahawa pada tiap-tiap malam khususnya pada hari minggu,ramai remaja perempuan dan lelaki yang berketurunan melayu melakukan perkara yang dilarang oleh Islam.saya agak malu apabila mendengar pengakuan beliau.hal ini adalah kerana,ia memperlihatkan golongan remaja melayu yang beragama islam seperti tidak takut dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa.

beliau sangat mengharapkan agar gejala sosial yang berlaku di kawasan tersebut dapat ditangani dengan segera. hal ini adalah kerana, ia menunjukkan ketidakefisienan bandar tersebut apabila rata-rata responden mengatakan isu yang sama iaitu isu sosial di kalangan remaja. perkembangan pembangunan yang pesat membangun di kawasan tersebut telah mengabaikan aspek sosial yang sepatutnya diambil berat oleh semua pihak.

malah, beliau yang merupakan anak jati Shah Alam mengatakan bahawa 10 tahun dahulu, kawasan Shah Alam merupakan kawasan yang paling efisien.namun,sejak belakangan ini, Shah Alam sudah hilang keefisienan bandar tersebut dengan pelbagai isu negatif yang timbul..

oleh itu, walaupun kawasan tersebut sudah nampak membangun dengan pelbagai kemudahan yang terdapat di sana, namun aspek sosial tidak boleh diabaikan. hal ini adalah kerana, ia juga turut menunjukkan ketidakefisienan bandar tersebut apabila dicemari dengan pemandangan yang tidak enak dilihat..

No comments: