Sunday, October 19, 2008

kerja lapangan

khamis(16 okt 08) merupakan hari pertama bagi kumpulan saya untuk mendapatkan responden di kawasan PKNS Shah Alam. kami bertolak seawal jam 10 pagi setelah mendapatkan kertas soalan daripada prof Hamzah, pensyarah urbanisasi kami. perjalanan mengambil masa selama satu setengah jam untuk sampai ke Shah Alam.

Dengan khidmat rakan saya yang berada di Shah Alam, dia telah membawa kami ke kawasan PKNS untuk menjalankan survei..Responden pertama yang saya terima merupakan seorang pak cik yang berumur dalam lingkungan 48 tahun.merupakan seorang jurujual.. beliau banyak menekankan aspek sosial dalam perkembangan pembangunan yang sedang pesat membangun. beliau bersetuju dengan pembangunan yang berlaku, namun beliau tidak berpuas hati dengan aspek sosial yang semakin berleluasa di kawasannya.

walaupun pembangunan semakin maju, namun masalah gejala sosial seperti rempit, ponteng sekolah yang berlaku di Shah Alam menunjukkan bahawa masyarakat belum maju dari segi pemikiran. beliau juga menyarankan supaya pihak berkaitan dapat memberikan penekanan kepada peluang perniagaan untuk bumiputera. beliau merasakan bahawa golongan bumiputera patut diberi peluang untuk menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

namun, beliau tetap berpuas hati dengan kemajuan pembangunan yang terdapat di Shah Alam kerana kawasan tersebut untuk golongan yang sudah pencen seperti yang pernah diperkatakan oleh En Norazmizam, pengarah bahagian Jabatan Perancangan Bandar di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang emngatakan bahawa kawasan Shah Alam merupakan tempat orang bersara untuk mendapatkan ketenangan.

No comments: