Tuesday, August 12, 2008

Proses Pembandaran

Pada umumnya, proses pembandaran dipandang sebagai satu proses pengaliran penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. Proses ini berlaku oleh oleh beberapa sebab tertentu yang boleh digolongkan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor penolakan dan faktor-faktor tarikan. Faktor-faktor penolakan ini menyebabkan penduduk kawasan luar bandar keluar dari kawasan luar bandar dan faktor tarikan menyebabkan mereka menuju ke bandar.
Kadar pembandaran di kebanyakan negara di Asia adalah tinggi. Kepesatan proses pembandaran adalah disebabkan oleh perkembangan pesat perindustrian dan kegiatan-kegiatan perniagaan di bandar. Perkembangan industri terutama dalam bidang pembinaan kilang-kilang, pejabat-pejabat serta rumah-rumah kediaman telah membuka banyak peluang pekerjaan. Proses pembandaran ini lebih ketara dalam tahun 1981-1985. Antara faktor fenomena ini berlaku ialah bertambahnya penghijrahan luar bandar ke bandar, pertambahan penduduk bandar melalui kelahiran, pembukaan pusat-pusat bandar yang baru dan pengluasan kawasan-kawasan pentadbiran bandar.

No comments: