Friday, September 12, 2008

setinggan di shah alam



Perkembangan bandar yang pesat di Wilayah Lembah Klang adalah disebabkan oleh perpindahan penduduk dari luar bandar dan bandar-bandar kecil. Ini menyebabkan beberapa bandar utama diWilayah Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Kelang, Rawang, AmpangJaya, dan Kajang mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Sebahagian besar penduduk yang berhijrah ke Wilayah Lembah Klang terdiri dari golongan berpendapatan rendah.



Istilah setinggan mengikut akta darurat merupakan apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai,
sengkuap-tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan lain yang dibuat daripada apa jua bahan sebagai tempat binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan di atas mana-mana tanah kerajaan, swasta atau sebagainya ataupun secara amnya penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak pihak lain (kerajaan, rezab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian atau lain-lain secara haram atau tidak sah di sisi undang-undang. (Kanun Tanah Negara 1965).



Sebahagian masalah pertumbuhan kawasan setinggan adalah disebabkan oleh golongan yang
berpendapatan sederhana dan tinggi terlibat sama dalam pembelian perumahan kos rendah yang khususnya untuk golongan berpendapatan rendah.Kependudukan setinggan di kalangan warganegara asing juga menjadi punca masalah kerana ketiadaan tempat tinggal bagi mereka yang diambil bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan.Sungguhpun tenaga pekerja asing diperlukan untuk pembangunan negara tetapi masalah timbul apabila majikan tidak dikenakan syarat untuk penyediaan tempat tinggal bagi pekerja.


Jumlah setinggan di Shah Alam yang dianggap paling sedikit berbanding kawasan lain, memudahkan kerajaan Selangor mencapai sasaran untuk menjadi negeri bebas setinggan menjelang tahun 2005. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan berkata, sehingga kini jumlah setinggan di Shah Alam cuma 3,307 rumah. "Di PBT lain seperti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) terdapat 16,000 setinggan, di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ada 12,000 setinggan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 18,000 setinggan dan Majlis Perbandaran Selayang 8,000 setinggan," katanya di sini. Setakat ini, tambah Mokhtar, projek penempatan semula setinggan berjalan lancar dan tiada masalah dihadapi dengan pihak pemaju perumahan yang terlibat. Beliau yakin masalah setinggan dapat diselesaikan pada tahun 2005 memandangkan terdapat beberapa projek yang menawarkan sebahagian besar rumah, cukup untuk menampung sejumlah besar setinggan

No comments: