Saturday, November 1, 2008

isu bekalan air

Shah Alam - Masalah ketiadaan bekalan air yang dialami penduduk di Pulau Ketam dan Sungai Lima mendatangkan kekecewaan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selanor, Dr Halimah Ali terhadap pihak Syarikat Bekalan air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana kelewatan syarikat tersebut untuk mengesan punca ketiadaan air di 2 buah tempat terbabit...

masalah yang telah berlaku sejak 13 Oktober lalu hingga sekarang sepatutnya telah diambil tindakan dan perhatian oleh pihak syarikat terbabit yang sepatutnya telah bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya apabila perkara seperti ini timbul..

hal ini adalah kerana,bekalan air merupakan keperluan asas yang paling penting dan ketiadaan air telah mendatangkan masalah kepada penduduk terbabit. isu ini telah mengganggu kehidupan kira-kira 5000 penduduk di dua buah tempat terbabit untuk menjalankan kegiatan harian..

Dr Halimah sendiri menyatakan bahawa masalah ini telah berlaku sejak 2006.beliau berharap agar pihak SYABAS dapat mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini. beliau turut menasihati syarikat terbabit untuk lebih proaktif dalam melaksanakan pelan strategik untuk mencegah masalah yang sama daripada berulang lagi serta emnyediakan saluran air bersih melalui paip dasar laut ke tempat tersebut..

(sumber : KOSMO, 1 Nov 2008).

No comments: