Saturday, November 15, 2008

Komposisi Penduduk Mengikut Kaum di kawasan kajian, Shah Alam





Secara amnya, bilangan keseluruhan penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah seramai 401581 iaitu pada tahun 2005. Bilangan penduduk ini dipecahkan kepada beberapa kategori bangsa yang terdapat di kawasan MBSA, iaitu seramai 279695 orang Melayu, 55852 orang Cina, 62163 orang India dan selebihnya adalah lain-lain kaum iaitu seramai 3871 orang. Kawasan kajian kumpulan kami adalah di kawasam Shah Alam. Kami dikehendaki menemubual seramai 45 orang responden di kawasan MBSA berkaitan dengan tahap keefisienan Bandar Shah Alam. Bilangan responden kami dibahagikan mengikut kompisisi kaum atau bangsa utama yang terdapat di sana, iaitu Melayu, Cina, India dan tidak termasuk lain-lain bangsa. Bilangan penduduk di Shah Alam keseluruhannya adalah seramai 152184 orang dengan komposisi kaum Melayu seramai 127732 orang, kaum Cina seramai 8530 orang, kaum India seramai 15401 dan lain iaitu seramai 522 orang.

2 comments:

Dunia White Beauty Collagen said...
This comment has been removed by the author.
Dunia White Beauty Collagen said...

Terima Kasih kerana menerbitkan info2 tersebut . Info2 tersebut amat berguna juga pada saya untuk saya membuat assignment.