Friday, November 14, 2008

tahap pendidikan penduduk di kawasan kajian




Graf menunjukkan tahap pendidikan responden di kawasan kajian kami. Tahap pendidikan tertinggi ialah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE) iaitu seramai 22 orang atau 48.9%. Manakala tahap pendidikan kedua tertinggi ialah Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM/HSC) iaitu seramai 8 orang (17.8%) diikuti tahap pendidikan diploma mencatat seramai 7 orang (15.6%). Seterusnya ialah peringkat Ijazah Pertama mancatatkan jumlah seramai 4 orang (8.9%). Penduduk yang berpendidikan tahap Penilaian Menengah Rendah (PMR) hanya seramai 3 orang (6.7%). Jumlah terendah ialah penduduk yang tidak bersekolah iaitu seorang sahaja (2.2%). hal ini menunjukkan tahap pendidikan yang semakin meningkat di Shah Alam.

No comments: