KL - Dalam tempoh 1 jam, lebih 2000 kenderaan dijangka dapat menggunakan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong(MLFF) di Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam bagi mengurangkan masalah kesesakan yang akan dilaksanakan pada hujung bulan ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata MLFF amat berkesan kerana dalam masa 1 jam sebanyak 400 kenderaan dapat melalui kaunter pembayaran tunai dan 1000 kenderaan dapat menggunakan Smart Tag.
beliau menambah, melalui sistem baru ini, pengguna lebuh raya hanya perlu menggunakan kad prabayar tol dan memandu melintasi palang pengimbas tanpa perlu memperlahankan atau menghentikan kenderaan mereka. ini bagi mengelakkan kesesakan ketika hendak membayar tol.
sumber: Akhbar Metro,4 Nov 2008
kesimpulan daripada isu ini ialah sistem ini dilihat sangat efisien dan menjimatkan masa pengguna lebuhraya tol tanpa perlu berbaris panjang dan menunggu lama untuk membayar tol. sistem ini sudah semestinya dapat mengurangkan kesesakan di tol terutamanya waktu kemuncak pengguna menggunakan lebuhraya tol tersebut dan apabila tiba musim-musim perayaan.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment