Sunday, November 9, 2008

isu ketidakselesaan penduduk

sungai buloh - penduduk Desa Coalfield mengalami dilema apabila terpaksa menahan bau najis ayam sejak sekian lama. hal ini berikutan pengusaha ladang ternakan itu yang tidak mahu berpindah sehingga mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk. walaupun sudah mendapat lokasi pemindahan di Jeran, namun pengusaha tersebut tidak mahu berpindah.

Masalah ini telah mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong..hal ini adalah kerana, masalah ini sudah lama berlanjutan dan penduduk telah banyak kali membuat aduan namun tidak diberi kerjasama oleh pengusaha tersebut.

Fenomena ini sudah semestinya mengundang bahaya dari segi tahap kesihatan penduduk. Hal ini adalah kerana, penduduk setempat sudah terlalu lama menghirup udara berbau najis ayam yang dikhuatiri akan mengundang masalah kesihatan kepada penduduk. masalah ini turut memberi pencemaran bau di Saujana Utama, Kompleks Penjara Sungai Buloh dan Puncak Alam.

Tindakan yang telah diambil untuk mnegurangkan beban penduduk adalah dengan menyembur enzim untuk mengurangkan bau yang dihasilkan. dan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan sebanyak 80% masalah pencemaran bau. Namun, penduduk tetap berharap agar pengusaha ladang terbabit dapat berpindah ke tempat yang telah disediakan.

ulasan - masalah pencemaran bau ini sudah semestinya memberi ketidakselesaan kepada penduduk dalam melakukan aktiviti harian mereka. hal ini adalah kerana, penduduk terpaksa menahan bau yang kurang menyenangkan. sungguhpun hal ini telah mendapat perhatian pihak terbabit, namun kerjasama daripada pengusaha ladang terbabit adalah amat diharapkan. hal ini adalah kerana,ia boleh mengundang bahaya kepada penduduk lain.

sumber: Harian Metro Plus( Jumaat:7/11/08)

No comments: